Stress Tunggu Jalan Rosak Tak Dibaiki, Penduduk Kampung Pakat Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan

Isu jalan rosak ni bukan benda biasa. Dekat mana-mana pun ada. Yang membezakannya, pihak bertanggungjawab tu cepat atau tidak bertindaknya. Kalau asyik report, tapi masih tak ada tindakan yang dibuat rasa macam geram jugak kan.

Macam satu video yang viral dekat TikTok baru ni, jalan raya tu macam tak sangat teruk. Nak jalan waktu siang pun bahaya apatah lagi kalau waktu malam. Memang boleh terus underground la mudah cakap.

Penduduk kampung pun bengang je, sampai dorang sepakat untuk tanam pokok pisang yang dah besar di kawasan jalan yang berlubang. Lubang dia bukan sikit, dia punya dalam tu korang boleh nampak sendiri dalam video ni.

Hmm, kalau buat dekat Malaysia ni pun menarik kan? Cukup tarikh, boleh petik, buat kenduri bertemakan pisang. Jangan lupa jemput sekali pihak yang korang dah melaporkan tu tapi tetap tak buat kerja.

Kredit: Instagram @kodil0127

Raja Lepak

Read Previous

Malaysia Disebut Dalam Filem Malayalam Ini Tapi Mungkin Benda Tak Boleh Bangga Gais

Read Next

9 Promosi Merdeka Yang Boleh Korang Redeem Sempena Merdeka Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *