Bengang Jiran Puaka Tutup Jalan Masuk, Lelaki Naik Hantu Balas Dendam Bina Tembok

Bila berjiran ni, memang macam-macam ragamnya. Dapat yang baik, bersyukur sangat. Tapi kalau dapat yang perangainya bukan-bukan, mengucap panjang dibuatnya. Silap-silap hidup dalam stress sebab perangai jiran puaka ni.

Macam yang viral dekat TikTok, lelaki ni cerita yang dia akhirnya sengaja membina tembok untuk menghalang laluan masuk di kawasan rumah jirannya. Ini sebab dia dah tak tahan dengan perangai jirannya yang memulakan dulu.

Pada awalnya, tanah yang beliau duduki tu milik jirannya dan kemudiannya dia beli pada tahun 2013 dan dibinalah rumah sendiri. Tapi dia terkejut lepas jirannya bina tembok yang menyusahkan akses ke jalan besar.  

Keadaan jadi lebih teruk bila jiran mendirikan bangunan untuk dijadikan kedai di tanah kosong disebelah rumahnya. Walaupun dah cuba untuk mengalah, lelaki tersebut berkata jirannya ada ‘penyakit hati’ itu memang sengaja.

Kedudukan rumahnya yang berada di tengah-tengah antara rumah jiran dan tanah kosong milik jiran menyebabkan dia tersepit dan dia terpaksa membeli tanah di hadapan rumahnya supaya boleh keluar.

Lastnya, lelaki itu putuskan untuk naikkan je tembok tinggi mengelilingi rumahnya dan sediakan satu pintu besi sebagai akses masuk ke rumahnya sebagai solusi.

Sumber TikTok: cocobenitovonroyalbyco

Read Previous

Nak Buat Job Tapi Tersalah Bawa Fon Aiyaiyai, Netizen Tumpang Terhibur Dengan Abang Panda

Read Next

Selalu Jadi Sticker WhatsApp, Si Comel Rohee Makin Cantik & Besar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *