Individu Dakwa Kononnya Berdepan Isu Mistik Masa Menginap, Ini Respon Lotus Desaru

Baru-baru ni tetiba macam kecoh bila Lotus Desaru Resort & Spa keluarkan kenyataan makluman berita palsu. 

Dalam kenyataan tersebut, pihak pengurusan menegaskan yang mereka tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang berkaitan dengan satu posting dari individu yang mendakwa berdepan dengan isu mistik semasa penginapannya.

Mereka juga mendakwa yang sejak pembukaan resort pada tahun 2009, pihak resort tak pernah hadapi sebarang isu luar biasa sampailah sekarang.

Jadi buat korang yang maybe ada pengalaman mistik, lepas ni kena hati-hati kalau nak buat sharing. Kang kalau kena saman, bukannya hantu nak share share buat bayaran. Kita yang berabih kena bayar.

Takut!

Read Previous

Belajar Teknik Menyamar Alam Dunia Di ‘Masters Of Disguise’

Read Next

Nak Buat Job Tapi Tersalah Bawa Fon Aiyaiyai, Netizen Tumpang Terhibur Dengan Abang Panda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *