Walaupun Cuma RM6, Lelaki Ini Buktikan Yang Tali Mask Murah Tak Hauk Langsung

Sekarang kan tengah panas isu mask hauk ni. Netizen pun tak tunggu lama, apa lagi masa untuk buat eksperimen dan dalam masa yang sama troll berkaitan dengan isu tersebut.

Contohnya macam @diva.h.a ni. Dia sajalah bereksperimen menguji ketahanan mask murah dekat Shopee yang dibeli cuma RM6 sekotak. 

Siap angkat buah kelapa, mixer, tudung saji dan mesin tapi tali masih lagi on point dan tak putus. Memang tahan betul kan talinya.

Netizen yang tengok pun terhibur dengan mesej indirect beliau bahawa mask yang mahal tu cuma gah pada nama je. Kadang-kadang beli mahal-mahal pun tak tahan jugak. Contoh tak tahannya adalah daripada segi ketahanan talinya lah.

Korang boleh try jugak bereksperimen, paling berat apa yang boleh mask korang angkat?

Video: @diva.h.a

Raja Lepak

Read Previous

Label Kereta Student, Mak Mentua Reject Bakal Menantu Bawa ‘King of The Road’

Read Next

Dokumen Kes Dera Bella Tercicir, Pilunya Hati Baca Setiap Keterangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *