Label Kereta Student, Mak Mentua Reject Bakal Menantu Bawa ‘King of The Road’

Ingatkan bila zaman dah moden, dah tak ada syarat tak masuk akal yang ditetapkan bakal mentua sebelum pilih bakal menantu. Rupanya masih ada. Ending dia, dua dua belah pihak susah disebabkan syarat tersebut.

Macam yang viral baru ni, yang mana seorang bakal mak mentua dikatakan letak syarat untuk bakal menantunya beli sebuah kereta sebelum berkahwin. Dan lepas berbincang dengan kekasih, keputusan dibuat untuk beli Myvi.

Tapi bila disuarakan pada ibu wanita tersebut, respon mak, ‘kereta Myvi ni untuk student, tak ada kelas, tak ada imej kalau pakai Myvi’.

Sedangkan sebelum ni tak pernah pun si ibu letakkan syarat nak kereta apa, yang ada permintaan untuk bakal menantu beli sebuah kereta sahaja. Dan yang buat si wanita serba salah bila ibunya suruh juga ikut cakap dia, kalau tidak… menyesal.

Terkedu juga dengar respon mak dia.

Hmm, kalau korang dalam situasi ni. Apa yang korang buat?

Kredit: @twtmalaywedding

Raja Lepak

Read Previous

Imran Bard Buat Hal Lagi, Kali Ni Muka Selamba Start Motor Jadi Perhatian Netizen

Read Next

Walaupun Cuma RM6, Lelaki Ini Buktikan Yang Tali Mask Murah Tak Hauk Langsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *