‘Jauh Dia Pergi’, Khaby Lame Pun Kenal Budak MY Viral Tunjuk ‘Middle Finger’

Ingat lagi tak yang budak lelaki viral pasal selamba je dia tunjuk middle finger atas motor tu? Haa, lepas tu ada yang jumpa dia dekat stesen minyaklah. Viral jugaklah dekat Malaysia masa tu.

Tapi rupanya budak kecil yang namanya Kamaludin ni dah go internasional. Khaby Lame yang femes dekat TikTok pun kenal budak ni. Siap bergandingan lagi tu.

‘Terkejut’ jugalah rakyat Malaysia dibuatnya. Video tu pun dah lebih 5 juta orang suka. Kata Khaby Lama, Kamaludin tu tak nak berkawan dengan dia. 

Reaksi netizen pun keliru nak kesian ke nak bangga sebab Kamalduin tu dah go internasional katanya. Jauh betul mat dia pergi.  

Tapi dalam satu pendedahan, seorang content creator beritahulah yang Kamaludin tu bukanlah garang dan serius macam riak mukanya yang viral. Tapi periang dan suka main dengan kawan-kawannya.

Lepas je viral pasal tunjuk jari tengah tu, Kamaludin terus mohon maaf dan tukarkan kepada mini love seperti yang diajarkan kepadanya.

Kredit: Khaby Lame

Kredit gambar: Facebook Im Kamaludin

Read Previous

Comel! Gelagat Anak Gajah Leka Main Lumpur Sampai Terpaksa Diselamatkan Buat Netizen Terhibur

Read Next

Isu SIRIM & Mask Hauk, Netizen Kata Tuhan Bayar Cash Bila Mask JM Putus 2 Kali Masa Live

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *