Comel! Gelagat Anak Gajah Leka Main Lumpur Sampai Terpaksa Diselamatkan Buat Netizen Terhibur

Dulu masak kecik-kecik kalau jumpa kawan memang panjang akal dibuatnya. Lopak air sekangkang kera pun boleh jadi besar sebab panjang akai. Tapi balik tu siap sedialah belakang badan, mak tibai guna hanger.

Macam anak-anak gajah ni. Leka sangat main kolam lumpur, habis susah nak keluar dari tanah sebab dah terlampau letih. 

Sampai pekerja terpaksa sodok buat cerun untuk mudahkan dorang berjalan keluar.

Menurut sumber ranjer, rupanya ada anak gajah nakal yang disyaki jadi dalang kepada aktiviti tersebut dan sebenarnya benda ni dah berlaku 2019 lagi. Tapi baru je viral dekat Facebook.

Kejadian berlaku di Taman Negara Thap Lan, Prachin Buri, Thailand.

Kalau korang tengok video tu, nampaklah rancak betul masing-masing berlari sekeliling kolam. Macam taman tema dah.

Eii, chomel! Siaplah Jah Jah oi balik nanti. Mak korang sebat guna belalai baru tahu erti penyesalan.

Kredit: ที่นี่แปดริ้ว

Raja Lepak

Read Previous

Saja Cari Penyakit, Gurauan Cabut Stereng Punca Kereta Wira Ni Terbabas

Read Next

‘Jauh Dia Pergi’, Khaby Lame Pun Kenal Budak MY Viral Tunjuk ‘Middle Finger’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *