Aksi Penunggang Motor Cuba Bayar Tol Buat Netizen Terhibur Dalam Keliru

Orang kalau nak berjimat, motosikal dan pengangkutan awam adalah pilihan yang ada. Sebab tak payah nak fikir bayar tol, minyak pun tak parap, jem pun tak perlu nak hadap. 

Tapi, pelik juga bila ada pengguna motosikal yang cuba untuk bayar tol. Macam yang viral baru-baru ni dekat TikTok.

Aksi penunggang dan pembonceng motosikal yang masuk ke laluan tol try hard untuk bayar tol gunakan kad Touch ‘n Go sampaikan ditegur penjaga tol supaya terus je gunakan ruang yang ada di sebelah palang.

Terpinga-pinga member. 

Walaupun ada yang rasa macam kelakar,ada juga netizen yang menegur kalau mereka di lorong Smart TAG, maybe akan menyusahkan kereta belakang yang terpaksa membayar dua kali.

Maybe baru first time lalu tol. Tu yang tak tahu kot, motor tak perlu bayar tol. Apa-apa pun eloklah cubaan dia nak bayar tol tu, daripada perangai dia ni yang naik ‘H’ tapi tak nak bayar tol dengan cara himpit kereta depan.

Apoo.

Video: @ann8nadzri

Raja Lepak

Read Previous

Lelaki Berdekah Lepas Disaman, Puncanya Sebab Polis Lupa Pulang Kunci Motor

Read Next

Gelagat Gigih Mak Cik Curi Tabung Masjid Sampai Tergolek Buat Netizen Geli Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *