Acah Kaya, Rupanya Guna Jet Peribadi Orang Lain Nak Promote Bisnes

Sekarang ni, orang berlumba-lumba nak tunjuk dorang punya achievement dekat media social. Tak kisahlah buat bisnes ke, kerja makan gaji ke, dalam dunia media social memang korang akan terjumpa manusia macam ni.

Tapi janganlah percaya 100%. Ada je yang ajet ajet kaya sebab nak promote bisnes dia dan Tarik lebih ramai orang sertai. 

Macam individu dengan nama Anai Anai Trader yang dikenali sebagai sifu trading ni. Buat kerja tak clean. 

Up gambar yang kononnya Berjaya beli private jet sebab hasil kejayaan bisnes trading. Last sekali terkantoi rupanya guna private jet orang lai sebab sticker pada badan jet hilang dalam gambar lain yang dia share.

Netizen bila bab korek korek, memang laju. Rupanya jet tu milik syarikat pembinaan gergasi dekat AS yang berkemungkinan jet tu adalah milik dorang yang singgah dekat Malaysia untuk tujuan bisnes.

Ekeke, salah orang betullah dia nak tipu. Netizen Malaysia bab korek fakta ni memang celah gigi dorang jek. 

Raja Lepak

Read Previous

Pantai Teluk Kemang Sesak Dengan Khemah Sewa, Tengok Pun Rimas

Read Next

Tudung Hijau Pun Jadi Isu, Ramai Bengang Baca Komen Dekat TikTok Gadis Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *