Pantai Teluk Kemang Sesak Dengan Khemah Sewa, Tengok Pun Rimas

Korang pernah tak pergi Teluk Kemang dalam tempoh terdekat ni? Mesti perasan kan dengan kemeriahan khemah yang dinaikkan sepanjang kawasan pantai.

Memang seronok sebab meriah, tapi wujud jugak rasa rimas sebabnya bila dah ada khemah tu, keindahan pantai dah tak dapat dinikmati dari atas. Kalau dud katas tu memang korang tak Nampak pantai pun. Nampak bumbung khemah tercacak je.

Kredit: Mohd Khidir Zakaria/NSTP

Ada juga yang setuju bukan bab ni je, tapi dengan adanya khemah tu, dorang pun tak dapat nak pantau keselamatan anak-anak yang mandi pantai sebab kawasannya terlindung daripada pandangan.

Ramai yang dating nak bersantai dengan keluarga dalam cara yang minimal. Bentang tikar, lepak duduk makan dan bersantai. Dan bukannya sewa khemah yang tiada dalam bajet dorang.

Bila dah datang awal dan dah cop tempat pun, tetap kena halau sebab tu tempat dorang pasang khemah. Hmmm.

Kredit: akubudaknakal.com

Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menerusi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Mohd Zamri Mohd Esa berkata keputusan benarkan peniaga khemah jalan bisnes sewa khemah sekiranya ada permintaan daripada pengunjung. Dan perkara ni sentiasa dalam pemantauan pihak mereka.

Pandangan korang pulak macam mana? Nak yang rilek bersantai atau terus je sewa khemah sebab mudah?

Raja Lepak

Read Previous

Rumah PPR Tak Ada Apa, Tapi Harga Sewa Macam Kondo

Read Next

Acah Kaya, Rupanya Guna Jet Peribadi Orang Lain Nak Promote Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *