Hujan lebat tanpa henti hujung minggu lalu sebabkan banyak kawasan yang dilanda banjir. Sampaikan kawasan yang tak pernah tersangka akan terkena tempias banjir, pun habis tenggelam dek banjir.
Kenderaanlah yang paling banyak terjejas. Ada yang tenggelam sikit, tapi ada juga yang memang langsung tidak kelihatan bumbungnya masa air naik tu.
Dalam pada tu ramailah yang share macam mana tips nak bersihkan rumah yang terkena banjir, macam mana nak repair semula kenderaan dan barang elektrik yang secara visualnya boleh kata nampak musnah dek bencana ni.
Tapi baru-baru ni viral gambar kereta yang diselamatkan dengan menggunakan timbunan kertas A4. Memang bijak!
Daripada terpaksa tanggung kos maintenance yang boleh cecah ribuan ringgit, tutup jelah mata tu korbankan beberapa rim kertas A4, kan?
Awal-awal nmpak macam kelakar, tapi berbaloi beb.