Turunnya Bendera Sony Jadi Simbolik Kilang Cawangan Perai Ditutup

Korang ingat tak, tahun lepas kecoh gila pasal kilang Sony Perai tu khabarnya akan ditutup lepas 36 tahun operasi. 

Lepas je dorang turunkan bendera Sony dekat depan kilang, secara rasmilah yang kilang ni ditutup buat selamanya bagi Sony untuk susun semula operasi globalnya memandangkan persaingan dalam industri pun semakin sengit.

Kalau korang nak tahu, tutupnya kilang ni akan buat ramai sedih sebab hampir 3,400 pekerja tau akan terjejas yang mana lebih separuh (1,800) adalah penduduk tempatan dan selebihnya warga asing.

Tapi bila kerajaan negeri bagitahu yang diberhentikan ni akan dibantu untuk cari pekerja baru dan ada yang akan dihantar ke kilang Sony dekat Bangi, terasa legalah sikit.

Mana tak sedih, kalau tempat cari rezeki dah ditutupkan. CT doakan yang terjejas tu akan cepat dapat kerja baru okey.

Amin! Semoga urusan korang dipermudahkan!

Video: @penangkini

Read Previous

Turunnya Bendera Sony Jadi Simbolik Kilang Cawangan Perai Ditutup

Read Next

Tips Mercedes Guna Timbunan Kertas A4 Selamatkan Dari Banjir Buat Netizen Kagum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *