Filem ‘The Omicron Variant’ (1963), Kita Je Yang Lalai?

Dah nak masuk 2 tahun kita masih dalam belenggu wabak korona ni. Tak dinafikan, sejak je mula diumumkan yang wabak ni melanda dunia. Macam-macam sangat teori konspirasi keluar.

Bila diumumkan ada munculnya varian baru dari Afrika Selatan, Omicron, haa mulalah timbul balik teori-teori lain. Dekat media sosial pun bukan main giat orang share satu poster filem yang kononnya keluar tahun 1963, The Omicron Variant. 

Kredit: @BeckyChestle

Dengan tagline ‘Hari bumi bertukar menjadi perkuburan’, ramailah yang share dan percaya yang wabak ni adalah konspirasi ‘dorang dah lama rancang, kita je lalai’. 

Adoi! 

kalau korang nak tahu, filem tu tak wujud pun! Tu hanyalah hasil editing suka-suka je. Dan benda ni diakui sendiri oleh tuan punya badan yang mengedit: @BeckyChestle

Memang ada pun filem bertajuk Omicron untuk tahun 1963, tapi bukanlah pasal pandemik. Jadi jangan nak ‘kita je lalai’ sangatlah. 

Raja Lepak

Read Previous

Bengang Prestasi Kerja Dipersoal, Wanita Letupkan Gudang Minyak Syarikat

Read Next

Nak Tunjuk Skill Masak Burger Sekali Pan Yang Ter-Terbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *