Bengang Prestasi Kerja Dipersoal, Wanita Letupkan Gudang Minyak Syarikat

Bengang sebab bos persoalkan prestasi kerja dia, seorang wanita Thailand, Sirisini bertindak gila dengan letupkan gudang minyak tempat dia bekerja.

Dalam rakaman CCTV, Sirisini dilihat bawa masuk sehelai kertas dan hilang di sebalik deretan kontena sebelum tiba-tiba api marak je dekat kawasan yang dimasuki Sirisini. 

Masa ditangkap di rumahnya, Sirisini mengaku yang dia mulakan api dengan gunakan pemetik api untuk bakar kertas tu.

Tapi tak sangka yang perbuatan tu sebabkan kebakaran besar macam tu sampai syarikat kerugian lebih kurang RM5 juta duit MYR sebab beribu liter minyak habis terbakar.

Memang kalau korang tengok video keadaan kebakaran daripada pihak bomba pun korang rasa takut. Memang naik bebola api dan asap tebal dekat sana masa tu.

Menurut media, Sirisini dah 9 tahun bekerja dekat sana. Maybe sebab tertekan sangat asyik kena desak dengan bos, tu yang sampai habis dibakarnya gudang syarikat tu.

Sumber video: @FireDept33

Raja Lepak

Read Previous

Tak Dapat Curi Banyak Duit, Perompak Tinggal Nota Kecewa Kepada Tuan Rumah

Read Next

Filem ‘The Omicron Variant’ (1963), Kita Je Yang Lalai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *