Pernah Diuji Dengan Tsunami, Vincent Tan Nak Jual Kapal Layar Mewah Dengan Harga RM143 Juta

Sebut je Vincent Tan, memang terbayang dah empayar antara individu yang terkaya dekat Malaysia ni. 

Terbayang jugak beberapa kapal layar milik peribadinya yang salah satunya pernah didedahkan pelakon Hairul Azreen dekat media social lepas dorang sekeluarga dijemput sendiri Vincent Tan ke sana.

Kredit: via Daily Mail

Kalau korang pernah berangan nak ada kapal layar macam beliau, bolehlah beli salah satu kapal layar yang diberikan nama Asean Lady ni. Tapi macam biasalah sebab dia benda mewah, harganya pun agak mewah jugaklah. Dalam RM143 juta macam tu.

Yang bestnya pasal kapal ni sebab design dia yang unik, seakan kanu buluh yang orang asli dekat kawasan Pasifik Selatan gunakan.

Kredit: via Daily Mail

Sebab design dia yang unik nilah kapal ni memang stabil bukan je pada sauh tapi jugak masa berlayar. Sampaikan pernah dinobatkan sebagai Kapal Layar Bermotor Paling Inovatif pada tahun 2005 & pernah diuji dengan tsunami masa tahun 2004 masa tengah berlabuh dekat Phuket, Thailand.

Kredit: via Daily Mail

Korang yang suka lepak-lepak dalam suasana tropika, bolehlah consider untuk beli. Nice jugak ni sebab katanya ruang dalam dia memang besar betul. Dah macam rumah dah.

Read Previous

Tak Padan Dengan Harga RM3,490, Kalendar 2022 Chanel Teruk Kena Kecam

Read Next

Besar Tapak Pasar Malam Je, Tapi Sewa Ruang Kecil Dekat Chow Kit Ni RM450 Tau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *