Sekarang ni dekat Astro ria tengah hot drama arahan Michael Ang yang baru bertajuk Mistik, lakonan Hun Haqeem (Hud) & Kamal Adli (Nuh) yang bawakan watak kembar dengan kebolehan yang berbeza.
Nuh ni dia ada ability untuk tengok future dari mimpi. Dan Hud pulak boleh nampak benda yang orang lain tak nampak sebab hijab matanya terbuka. Dan dua dua ni baru je kerja dekat kedai makan Pak Zaid.
Dalam episode terbaru, kedai ni didatangi seorang ustaz. Masa nak jamu ustaz tu makan, tiba-tiba ada je kejadian pelik berlaku. Contohnya keluar ulat dari makanan tu lepas je ustaz tu bacakan doa.
Selidik punya selidik, rupanya Pak Zaid dengan isteri dia, Mak Munah gunakan ilmu pelaris pocong untuk tarik pelanggan makan.
Dan dekat sinilah jugak terkantoi yang Mak Munah ni rendam bra dalam kuah kari. Kononnya untuk sedapkan lagi rasa masakan.
CT teringat pulak yang kes pernah viral dekat Malaysia tu, yang ada kedai rendam spender dalam periuk dorang. Hmm, kembang tekak diknon.
Drama 20 episod ni memang menarik. Dan setakat 7 episod yang CT tengok ni, fuh memang tak kelip mata dibuatnya. Minat betul drama Michael Ang ni. Best!
Tapi itulah, lepas tengok scene ni rasa nak masak sendiri je dekat rumah. Sebab setiap kali pergi kedai makan duk teringat perangai Mak Munah ni.
Sebab tulah kita orang Islam diajar juga, masuk kedai makan jangan lupa baca doa dilindungi. Makanan sampai jangan terus lahap. Baca doa makan dulu. Okeh?Korang tengok sendirilah sedutan yang Mak Munah tu masukkan bra dalam kuah kari tu dekat sini: @cikpuanhayda