Mengidam Punya Pasal, Sanggup Panggil Bangladesh Datang Rumah Masak Nasi Goreng

Mak mak selalu pesan, kau kalau bini kau mengidam… Layankan aje permintaan dia. Nanti tak dapat, berjejeh pula air liur anak bila keluar nanti. Dan lelaki pun ikutkan ajelahh. Dengar cakap mak.

Kisah orang mengidam ni memang macam-macam. Ada yang pernah mengidam nak naik kapal angkasa lepas. Tapi mana nak cari nya kan? Bukan ada kabel dengan Elon Musk pun. Yang ada tu haa kat TF Value Mart tu yang budak-budak punya. Tapi dapat itu pun cukup si bakal ibu tu happy.

Yang baru ni sis jumpa ada orang share dia teringin nasi goreng yang orang Bangladesh masakkan. Adoiyai, pening kepala laki mana nak carinya.

Sampaikan si laki terpaksa tipu beli kat foodcourt. Bila isteri minta jujur air tangan siapa, si laki tadi tak sampai hati nak menipu. Dia bagitahulah air tangan orang Melayu. Menangis si isteri sampai tak makan apa apa.

Sebab nak pujuk hati isteri yang duk mengidam, si laki tadi import member tempat kerja bawa balik rumah. Masak depan mata si isteri supaya puas hati. Memang happy la kan dapat makan apa yang diidamkan. 

Tapi tulah, cuma bila diingatkan balik nak muntah hijau dibuatnya. Lagi pulak tangannya siap pakej berbulu. Trauma sampai sekarang nak pergi makan mamak dan seangkatan dengannya.

Adoi, kau kak. Terhiburlah aku macam ni. Macam-macam perangai. Tapi kenangan tu. ;p

Read Previous

Nak Beli Jeruk Mangga Tepi Jalan Punya Pasal, Kereta Belakang Eksiden

Read Next

Nak Lariskan Kedai Punya Pasal, Sampai Rendam Bra Dalam Kari Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *