Nak Beli Jeruk Mangga Tepi Jalan Punya Pasal, Kereta Belakang Eksiden

Korang ingat lagi tak yang pihak berkuasa keluarkan amaran denda tak lebih RM2,000 dekat penjaja jalanan kalau mereka didapati bersalah teruskan aktiviti dekat kawasan tepi jalan dan lampu isyarat?

Masa tu memang ramai yang marah, kata nak sekat rezeki orang lah apa lah. Padahal sebab peraturan tu dibuat sebab tak nak keselamatan dorang ni terancam. Kang kalau accident ke apa, siapa nak menjawab?

Dan juga untuk elakkan sikap pengguna jalan raya yang tak bertanggungjawab macam ni. Sanggup brek mengejut tengah jalan demi nak beli jeruk mangga tu.

Macam dalam video yang viral baru-baru ni, kereta waja ni jadi punca berlakunya kemalangan dekat jalan berkenan sebab atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang bergerak, boleh pulak dia berhenti macam tu.

Manalah orang tak marah kan?

Yang tambah geram bila rilek je dia gerak lepas dah beli jeruk tu macam tak ada apa yang berlaku. Macam, “bukan salah aku pun, salah kau sendiri.” Haa macam tu. Walaupun dialah punca sebenarnya 2 kereta belakang eksiden.

Harapnya pihak berkuasa boleh ambil lagi tindakan tegas haramkan penjaja macam ni. Bukan nak sekat rezeki orang, tapi kalau dah macam ni. Tak ke menyusahkan orang namanya?

Sama juga macam Waja tu, pentingkan diri sendiri. Eloklah ‘dikutip’ sama.

Sumber video & gambar: Da Vid

Raja Lepak

Read Previous

Barang Shopee Otw, Ramai Yang Rasa Bersalah Nak Free Shipping Lepas Tengok Kapal Ni

Read Next

Mengidam Punya Pasal, Sanggup Panggil Bangladesh Datang Rumah Masak Nasi Goreng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *