2 Tahun Tak Balik, Lelaki Terus Bina Banglo Untuk Mak Ayah

Nak cari rezeki kadang-kadang kena berkorban, Sama ada masa, wang ringgit, emosi dan sebagainya demi dapatkan rezeki yang halal. Buat anak perantauan, memang ia menyeksakan tapi itulah yang perlu dihadapi.

Macam yang viral dekat Indonesia baru-baru ni, seorang anak perantauan yang 2 tahun hilangkan diri tak balik kampung tiba-tiba je balik dan terus bina banglo untuk mak ayah dia di kampung.

Orang kampung pun terkejut dan semestinya lah benda ni jadi topik hangat dekat kampung dorang.

Bila ditanya bajet anggaran untuk berapa buat rumah tu katanya dalam 4 milion rupiah jugak. Dan rumah tu pun dah 75% siap, dianggarkan dalam 2 bulan lagi untuk siap.

Video yang dishare dekat TikTok ni bagaimanapun tak ada penjelasan lanjut. Cuma kita bolehlah nak ambil iktibar dari cerita ni.

Cumanya kalau merantau tu, ada kesempatan tetaplah contact contact keluarga yang jauh supaya dorang tak risau.

Okeh geng?

Sumber video: @suhasastra

Read Previous

Nak Bagi Duit & Kesenangan Dekat Mak Ayah, Lelaki Ni Sanggup Jual Diri

Read Next

5 Tahun Dah Buat Laporan, Masalah Eskalator Ni Masih Tak Settle-Settle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *