Nak Bagi Duit & Kesenangan Dekat Mak Ayah, Lelaki Ni Sanggup Jual Diri

Sebab dah tak sanggup hidup dalam kemiskinan, seorang lelaki dari Karo, Nigeria sanggup menjual diri dia dengan harga 20,000 N atau dalam RM sekitar RM203,710.

Beliau yang dikenali sebagai Aliyu ini akan berjalan keliling bandar sambil pegang plakad yang tertulis lelaki untuk dijual dengan harga sekian sekian.

Kredit: Every True News

Aliyu dalam satu temu bual beritahu yang dia terpaksa jual diri dia sebab keadaan ekonomi yang sangat miskin dan nak beri duit yang dia dapat kepada mak ayahnya untuk dorang hidup lebih selesa. Selebihnya akan dibuat untuk bayar cukai kerajaan dan digunakan untuk perbelanjaan harian.

Tapi usaha Aliyu terbantut apabila beliau ditahan pasukan polis yang dikenali sebagai Hisbah kerana menjual diri adalah satu kesalahan agama. Tapi orang ramai rasa marah dengan keadaan tersebut dan minta Aliyu dibebaskan dan diberi kaunseling.

Kredit: Radio Nigeria

Pandangan korang macam mana pulak?

Raja Lepak

Read Previous

Pengantin Neves Sangat Sampai Tersalah Sebut Nama Bapa Mentua Sebagai Bakal Suami, Yang Dekat Sebelah Perati

Read Next

2 Tahun Tak Balik, Lelaki Terus Bina Banglo Untuk Mak Ayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *