Korang ingat lagi tak yang CT cerita pasal Myvi selamba je towing lori rosak? Haa, sebelum datangnya Myvi, ada satu lagi brand kereta tempatan yang digelar king of the road, iaitu saga kereta kebal.
Baru-baru ni viral satu video kereta saga lejen ni rilek je tarik lori treler yang stuck dekat kawasan kebun.
Tapi tak adalah rilek mana sebab punyalah bersungguh driver tu nak selamatkan lori yang stuck tu sampai keluar jugaklah asap. Cuma itulah, semangat tak putus asa tu yang kita mahu kan kan?
Kalau tengok ruangan komen, ramai yang cakap kereta buatan Malaysia sebenarnya bermutu tinggi. Dia punya fungsi memang meluas betul. Bukan bawa orang je, jadi towing pun no hal lah.
Paling menarik CT baca ada jugak yang share, pernah naik viva masuk kebun dan 4×4 datang tarik, tapi itulah. Mengaum je lebih. Lastnya wira jugak yang datang tolong.
Jangan main-main dengan kereta lejen. Buruk-buruk pun, masih gagah tau.
Sumber: Tan Cher Puk