Bergaya Tak Kena Tempat, Pemilik Nombor Flat Fancy Boleh Kena Denda Sampai RM3K

Sekali sekala dekat jalan raya tu, CT ternampak jugaklah ada kenderaan yang gunakan nombor plat yang unik. Dia punya tahap unik tu sampai kadang-kadang tak boleh nak bacalah.

Sekali tengok memang dah tahu salah sebab iyalah kalau apa-apa berlaku, susah. Contohnya bila ada kemalangan langgar lari. Dah nombor plat macam tu, macam mana nak kesan. Boleh kesan, cuma ambil masa sikit.

Walaupun dah ditegur, ramai je lagi yang masih gunakan nombor plat macam tu.

So sekali lagi, JPJ Malaysia memberi peringatan kepada insan-insan degil ni supaya patuh dengan peraturan pemasangan nombor plat malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kalau didapati langgar peraturan tu, korang siap siap jelah untuk kena denda tak kurang dari RM300 dan tak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14(4) APJ 1987.

Beli nombor plat aneh-aneh boleh, takkan denda tak boleh bayar kan? Yang tak nak kena denda, pastikan nombor plat korang ikut spec yang ditentukan JPJ ni ya.

Korang pun kalau jumpa boleh ambil gambar dan butiran berkaitan kemudian emelkan ke aduantrafik@jpj.gov.my.

Sumber: JPJ Malaysia

Read Previous

Kondom Pun Pernah Dicampak Dari Rumah Flat, Memang Sumpah Biadap!

Read Next

Saga Kereta Kebal Lejen Rilek Je Tarik Lori Treler Stuck Dekat Kebun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *