Myvi Memang King, Rilek Je Towing Lori Rosak

Tiap bulan ada je dengar cerita pasal Myvi. King of the road ni memang lejen betullah, tak sah kalau tak viral. Terbang atas tebing la, masuk sawah padi, naik atas bumbung rumahlah. Memang pelik pelik tak diterima akal pun ada.

Macam baru-baru ni, viral pasal sebuah kereta Myvi yang tengah towing lori rosak. Rilek je dia tarik gais. 

Mungkin kalau yang ditariknya tu kereta yang sama saiz dengan dia, netizen tak heran sangat. Tapi bila lori pun Myvi boleh towing memang luar biasa gais. Luar biasa!

Video yang dishare di TikTok @affendiderus ini sudah pun meraih 1 juta views dan banyak juga yang dishare dekat platform sosial media ang lain.

Bila netizen dah tengok video tu, masing-masing macam mempersoalkan Myvi ni memang dibina untuk pelbagai kegunaan ke. Sampaikan kerja towing lori pun boleh dia sapu.

Korang kalau ada Myvi, jaga elok-elok. Jangan jual. Rugi! Mana tahu boleh buat job towing nanti.

Raja Lepak

Read Previous

Prank Menyamar Hantu, Wanita Akhirnya Jadi Arwah Lepas Ditembak Jiran

Read Next

‘Dah Besar Makin Segak’, Pelakon Cilik Karate Kid Curi Perhatian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *