Trend ‘Salam Dari Binjai’ Buat Netizen Marah Sebab Jahanamkan Pokok Pisang Orang

Korang tahu tak dekat dalam TikTok Indonesia sekarang ni tengah femes trend tumbuk pokok pisang atau pun lebih dikenali sebagai trend ‘Salam dari Binjai’.

Trend ni memang tak salah, yang salahnya kalau yang ditumbuk tu bukan pokok pisang milik sendiri. Tapi milik orang lain. Siap ceroboh kebun orang pulak semata-mata untuk hasilkan trend ni.

Biasa sebelum pokok ditumbuk, dorang akan cakap Salam dari Binjai sebelum pokok dijahanamkan dengan carat u.

Ada pokok yang belum lagi matang tapi dah hancur dikerjakan individu tak bertanggungjawab, semata-mata demi konten. Aduhai.

Kredit: Kompas

Kejadian yang berlaku dekat wilayah Kabupaten Lamongan ni kemudiannya dapat perhatian ketua kampung. Budak-budak yang merosakkan pokok tu dipanggil bersama mak ayah dorang.

Bila ditanya apa motifnya, jawapan yang diterima memang agak tak masuk akal. Selamba je cakap tu adalah amalan silat. Dan kejadian ni banyak berlaku di kawasan kebun pokok pisang milik orang kampung.

Nasib baiklah trend ni tak masuk Malaysia. Kalau ada pun mungkin sikit jelah yang terlibat. Tapi janganlah macam ni. Ikut trend sampai jahanam pokok orang korang kerjakan.

Read Previous

Saga Kereta Kebal Lejen Rilek Je Tarik Lori Treler Stuck Dekat Kebun

Read Next

Pengantin Neves Sangat Sampai Tersalah Sebut Nama Bapa Mentua Sebagai Bakal Suami, Yang Dekat Sebelah Perati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *