Bunyi Apa Tu? Bunyi Dari Planet Marikh Yang Menakutkan Didedah NASA

Baru-baru ni, Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) ada dedahkan satu rakaman yang di dalamnya ada bunyi aneh yang dirakam menggunakan mikrofon yang dipasang pada perayau yang berada dekat Marikh.

Mikrofon ni dipasang dengan tujuan nak jelajah Marikh dengan cara baru iaitu melalui rakaman suara. Supaya boleh rasa macam kita betul-betul ada dekat sana.

Kalau dekat bumi, bunyi angin macam tak dengar sangat kan. Melainkan kalau duduk dekat tepi pantai macam tu.

Tapi dalam rakaman suara tu, korang boleh dengar yang bunyi tiupan angin dekat Marikh agak menakutkan. Nak pulak planet tu tak ada orang duduk dan memang sunyi je.Korang kalau nak join dengar macam mana bunyinya, boleh tengok dekat YouTube Mars 2020 Rover ni. Disarankan pakai mic untuk pengalaman yang lebih best.

Raja Lepak

Read Previous

Filem Yang Menginspirasikan Kisah Lelaki 18 Tahun Jalani Hidup Dekat Airport

Read Next

Prank Menyamar Hantu, Wanita Akhirnya Jadi Arwah Lepas Ditembak Jiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *