Punya Nekad Nak Jimat, Akauntan Sampai Sanggup Korek Tong Sampah Cari Makanan

Musim COVID-19 ni, semua orang eager nak berjimat cermat demi simpanan masa depan. Ada yang sampai buat 2/3 kerja untuk survive.

Biasa kalau sebut pasal berjimat yang ekstrem, kita biasa dengar jadi dekat Jepun kan? Kali ni CT nak share satu lagi kisah berjimat yang mana seorang akauntan ni sanggup korek tong sampah cari makanan untuk survive dekat bandar New York.

Kate Hashimoto ni orang Jepun, tapi dia stay dekat New York dah 3 tahun. Tahu jelah bila sebut New York, korang sendiri faham macam mana tingginya kos sara hidup dekat sana.

Dalam satu sharing, Kate sempat share yang dia pilih untuk cari makanan yang bertutup dalam tong sampah untuk elakkan daripada berbelanja. Dan dia punya tahap berjimat sampailah kalau geng ajak keluar makan pun, dia hanya akan pergi kalau dibelanja.

Bukan tu je, hidupnya memang minimalis. Perabot dalam rumahnya diambil daripada tempat buangan dan sejak 1998 lagi dia tak pernah beli pakaian baru. Termasuklah yang dalam-dalam kalau korang curious, ha ni CT bagitahu terus terang.

Kalau nak basuh baju ke, dia akan ke tandas awam sebab dekat tandas awam memang free je. 

Disebabkan obses nak berjimat inilah dia dapat berjimat lebih RM4,000 tau sebulan sebab hanya berbelanja dalam $200 (RM800) lebih berbanding nilai sebenar yang biasanya melebihi $1,300 (RM5,000).

Korang punya tahap jimat macam mana pula, sharelah sikit tips korang dengan CT.

Raja Lepak

Read Previous

Indonesia Dakwa Upin Ipin Adalah Propaganda Malaysia

Read Next

Macam Dalam Filem Tamil, Lelaki Lambung Syiling Nak Pilih Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *