Indonesia Dakwa Upin Ipin Adalah Propaganda Malaysia

Ini semua konspirasi! Gituhlah kekdahnya korang bila baca tajuk tu kan?

Kita semua sedia maklum dan berbangga bila animasi Upin Ipin dari Malaysia berjaya diangkat ke peringkat dunia luar, terutamanya dengan negara jiran berhampiran.

Dah lama Upin Ipin masuk Indonesia, baru-baru ni Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia, Agung Suprio ada keluarkan statement yang animasi Upin Ipin ni adalah alat propaganda Malaysia kepada dunia luar.

Tapi jangan kecam dulu sebab dia cakap daripada segi propaganda yang positif. Yang bukannya macam teori-teori konspirasi yang korang biasa dengar tu.

Sebab Upin Ipin bawa imej Malaysia yang berbilang bangsa, berbilang kaum malah berbilang agama tetap mampu hidup harmoni biarpun masing-masing berbeza.

Sempat juga Agung puji kerajaan Malaysia yang beri sumbangan dana untuk animasi Malaysia terus bergerak maju ke hadapan jika nak dibandingkan dengan Indonesia yang didakwa masih lagi tertinggal ke belakang.

Itu memang kena puji. Terbaiklah Malaysia!

Sebut pasal animasi Indonesia, dulu waktu CT kecik, CT suka betul layan animasi cerita rakyat dorang. Kelakar tapi dalam masa sama bagi pengajaran, sama macam animasi yang Malaysia pernah keluarkan.

Cuma pandangan peribadi CT, animasi Indonesia masa zaman CT kecik dulu memang dialog dia tak bertapis. Begok amat lu tu biasa dah.

Korang pernah layan tak animasi Indonesia? Korang rasa mana bezanya dengan animasi Malaysia?

Read Previous

“Rompakan Vaksin Ke Ni?” Gaya Geng Pergi PPV Dengan Kostum Money Heist

Read Next

Punya Nekad Nak Jimat, Akauntan Sampai Sanggup Korek Tong Sampah Cari Makanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *