Bukan Guna Teknik CGI, Pramugari Ni Betul-Betul Berdiri Atas Burj Khalifa

Beberapa hari ni viral betul iklan Emirates Airline yang buat semua orang gempar. 

Mana tidaknya, dalam video tu pramugari tu rilek je berdiri atas puncak bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa. Siap tesenyum manis lagi tu.

Mungkin ramai yang ingat video tu dihasilkan dengan gunakan teknik CGI kan? Tapi korang tahu tak yang pramugari tu memang betul betul berdiri atas tu tanpa guna teknik CGI.

Kalau CT la, jangan kata 830 meter macam tu, baru naik jambatan sebenarang sungai pun dah terketar-ketar tahan cuak. Gayat!

Video luar biasa ni dibuat bagi meraikan pengeluaran UAE dari senarai merah UK yang mana akan mudahkan lagi pergerakan penduduk UAE yang majoritinya adalah warganegara UK untuk ke sana.

Lagipun patutlah beliau tak gayat, rupa-rupanya dia tu instructor skydiving profesional. Dah biasa dah berada di kedudukan tinggi macam tu. 

Respek. Memang power!

Raja Lepak

Read Previous

Kasut Bata Datuk Azizulhasni Di Olimpik Mula Diburu

Read Next

Ahli Politik Jepun Gigit Pingat Emas Atlet Olimpik Jepun Sampai Kemek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *