Kasut Bata Datuk Azizulhasni Di Olimpik Mula Diburu

Rakyat Malaysia masih lagi tak boleh move on dengan gaya permainan The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni bin Awang yang berjaya membawa pulang pingat perak buat negara semasa di Olimpik Tokyo 2020.

Tapi masa megah mengibarkan bendera Malaysia, ada satu benda yang netizen terperasan pasal Datuk Azizulhasni. Iaitu kasut dia. Kalau korang nak tahu, Datuk Azizulhasni rilek je pilih kasut Power dari Bata yang daripada dulu jadi jenama pilihan kalau nak beli kasut sekolah. 

Kredit: Majlis Sukan Negara

Tapi kan, kasut Bata yang dipakai Datuk Azizulhasni bukannya biasa-biasa sebab ia dihasilkan khas untuk dipakai atlet Malaysia semasa di Olimpik Tokyo 2020. 

Dengan logo Jalur Gemilang & Olimpic Rings menjadikan kasut ni lebih istimewa ditambah lagi warna yang matchy matchy dengan corak track top yang dipakai.

Buat yang masih tak tahu, Bata sebenarnya adalah penaja rasmi kasut kulit serta sneakers untuk kontinjen Malaysia ke Olimpik. 

Sebabkan aura atlet Malaysia ni membuatkan rakyat bersatu hati menyokong Malaysia, ramailah yang memburu untuk dijadikan koleksi peribadi.

Tapi sayang. kasut tu tak dihasilkan untuk kegunaan orang ramai sebab dia dihasilkan khas untuk kontinjen Malaysia ke Olimpik je.

Mesti ramai yang kecewa kan? Tak apalah, harap-haraplah nanti untuk Olimpik akan datang Bata keluarkan kasut khas untuk penyokong atlet Malaysia pulak.

Raja Lepak

Read Previous

Pacific Star Parade Sunyi Tanpa Pengunjung, Macam ‘Mall Tinggal’

Read Next

Bukan Guna Teknik CGI, Pramugari Ni Betul-Betul Berdiri Atas Burj Khalifa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *