‘Penjara Lagi Luas’, Bilik Sewa Sempit RM150 Dekat Penang Buat Orang Marah

Kalau dekat Malaysia ni, rasanya jaranglah kan jumpa bilik sewa yang cekik darah macam dekat Hong Kong. Luas sekangkang kera je, tapi harga sewa bulanan kalau dekat negara lain boleh dapat bilik yang selesa sikit.

Tapi rupa-rupanya Malaysia tak terkecuali.

Baru-baru ni viral satu screenshot gambar iklan bilik sewa dekat Penang yang murah iaitu serendah RM150 je. 

Tapi! Ada tapi tau, korang tengok sendirilah macam mana rupa bilik tu.

Satu ruang bilik kecil, diletakkan pulak katil single triple secara bertingkat yang mana setiap tingkat tu disediakan satu kipas kecil di bahagian hujung. 

Macam main pondok pondok pun ada jugak.

Kalau tak nak share, kena bayar harga satu bilik RM350. 

Netizen pun apa lagi. Sampai ada yang kata luas lagi kalau duduk penjara, masuk percuma, makan percuma. 

Tapi itulah, kenalah buat jenayah dulu kan? Dah buat jenayah confirm rekod melekat je dekat sepanjang korang hidup.

Kalau orang tempatan mungkin tak biasa dengan keadaan bilik macam ni. Tapi untuk pekerja asing, rasanya dorang familiar je dengan keadaan bilik sewa yang macam ni. Janji murah.

Betul tak?

Hari tu, CT ada share pasal penyewa dari neraka tu. Yang mana sorang tu dahlah tak bayar sewa bilik, bila diminta keluar boleh pulak dia kunci tuan rumah kat dalam. Korang boleh baca kisah tu dekat sini: ‘Penyewa Neraka’ Kurung Tuan Rumah & Tukar Kunci Pintu Lepas Tak Bayar Sewa 3 Bulan

Raja Lepak

Read Previous

Maki Polis Lepas Kena Kompaun Tak Pakai Mask, Tak Pasal Lelaki Ni Kena 5 Pertuduhan

Read Next

Aksi Rilek Driver Bot Buat Drift Bikin Netizen Teruja. Rupanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *