Maki Polis Lepas Kena Kompaun Tak Pakai Mask, Tak Pasal Lelaki Ni Kena 5 Pertuduhan

Hari tu viral jugaklah satu video seorang lelaki ni kena kompaun dengan polis sebab tak pakai mask di kawasan awam iaitu stesen minyak. Alasan dia tak ada orang. Okeyyy…

Yang buatkan cerita jadi panas, bila dia ni rakam polis yang lakukan kerja ni. Masa depan polis elok je bahasanya, sekali masuk dalam kereta (masih lagi merakam ye) habis polis dimakinya macam-macam.

Perkataan yang berbaur pertuduhan kepada anggota polis pun ada…

Daripada 1 pertuduhan yang sepatutnya dikompaun RM1,500 je, lelaki ni akhirnya tak pasal-pasal mungkin dituduh di bawah lima pertuduhan. Beliau pun dah ditahan reman pun untuk siasatan lanjut.

Kredit: Utusan Malaysia

Ini yang dishare salah seorang pengguna FB, Khairul Azri:

1. Seksyen 188 Kanun Keseksaan berkaitan mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam –  hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

2. Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan – hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali

3. Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam – hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

4. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 menggunakan perkataan-perkataan yang lucah, mengugut, kasar atau menghina, atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina, atau menampal atau melekatkan atau mempamerkan apa-apa kertas bertulis atau lukisan yang lucah, mengugut, kasar atau menghina dengan niat membangkitkan keadaan tidak aman, atau di mana suatu keadaan tidak aman – denda tidak melebihi satu ratus ringgit.

5. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Aduh, tengok pertuduhan pun dah rasa pening.

Harapnya jadi pengajaranlah buat semua supaya sentiasa patuhi SOP dan jaga tingkah laku kita. Zaman sekarang ni zaman viral, kejap je benda nak jadi dah tak boleh patah balik.

Macam pepatah melayu, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata meranalah diri.”

Stay safe korang!

Raja Lepak

Read Previous

KhairulAming Racun Netizen Beli Steamboat Grill, Tak Sampai Sejam Dah Sold Out

Read Next

‘Penjara Lagi Luas’, Bilik Sewa Sempit RM150 Dekat Penang Buat Orang Marah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *