Tahu Result Lepas 10 Minit, Ini Cara Mudah Guna Kit Kendiri Ujian Air Liur COVID-19

Sebagai langkah berjaga-jaga sejajar dengan keadaan kes COVID-19 yang semakin meningkat, penduduk di Malaysia dah boleh buat ujian kendiri COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke klinik atau hospital untuk buat swab test.

Dengan pengiktirafan KKM, GMate yang dah mula dijual di farmasi-farmasi di Malaysia ini sama je macam pregnancy kit yang mana kalau ada dua garisan lepas diuji, maknanya korang mungkin dah terjangkiti dengan COVID-19.

Cara nak guna dia mudah je.

  1. Koyak bahagian penutup dan sambungkan corong dengan container.
  2. Ludah ke dalam bekas sekurangnya ¼ daripada bekas.
  3. Buang corong dan tutup bekas dengan penutup yang disediakan.
  4. Tekan bekas sekitar 20 kali atau goncangkan 20 kali untuk percampuran.
  5. Masukkan bekas tadi ke dalam kotak yang disediakan dan biarkan selama 5 minit.
  6. Buka test kit, titiskan dalam 4 titis ke kawasan bulatan test kit dan tunggu sekitar 10-15 minit untuk keputusan.

Sebelum mulakan ujian, pastikan korang dah cuci tangan dahulu dan baca instruction betul-betul. Kalau tak, ada risiko untuk keputusan ujian korang salah. 

Dan selepas gunakan pun, korang kena gunakan beg plastik yang disediakan untuk kurangkan sebarang risiko kontaminasi.

Dengan tahap sensitivity setinggi 90.9%, dan spesifikasi 100%, kita boleh #jagakita dengan pastikan jangkitan dikawal dengan kadar yang lebih efektif.

Kalau result yang dipamerkan positif, cepat-cepat hubungi bahagian HelpDesk di MySejahtera.

Untuk elakkan terbeli kit yang palsu, CT sarankan korang pergilah beli dekat farmasi dan salah satu farmasi yang ada jual GMate ni ialah Farmasi Alpro dengan harga promosi serendah RM39.90. Maklumat lanjut korang boleh layari website www.alprooneclick.com.

Raja Lepak

Read Previous

Netizen Terhibur Tengok Hasil Lukisan 50 Sen Di Shopee

Read Next

Netizen Puas Hati Tengok Polis Ajar Pemilik Motor Yang Modified Ekzos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *