Aksi MotoGP Abang Grab Kona Baring Curi Perhatian Netizen

Bila bekerja sebagai rider, kepuasan pelanggan adalah benda paling penting. Dan biasanya kepuasan pelanggan dinilai pada tempoh makanan sampai ke pelanggan.

Sebabkan itu jugalah ramai abang-abang rider atas jalan rider nampak macam mengejar masa di atas jalan raya. Mencilok sana sini, guna jalan dalam demi pastikan pelanggan puas hati.

Macam yang viral baru-baru ni, aksi ala MotoGP abang Grab kona baring di sebuah selekoh jadi perhatian. 

Rakaman yang sempat dirakam dashcam sebuah kenderaan ni kemudiannya jadi viral bila netizen mula berkongsi.

Yang mana rata-ratanya terhibur sebab abang Grab kekal tenang & tak goyah walaupun sikit lagi lutut nak jejak jalan. 

Paling win komen seorang netizen, Muhammad Bukhari ni. Dia kata kalau pelanggan order 5 set puyuh goreng berempah, sampai je dekat destinasi, semua puyuh berdiri menggigil Aduh, terhibur dibuatnya.

CT sekadar berkongsi jelah. Walaupun kita nak puaskan hati pelanggan, tapi keselamatan tetap diutamakan tau abang-abang rider. Ingat keluarga tersayang yang menanti di rumah tu.

Read Previous

Gelagat Comel Jin Masa Diruqyah Buat Netizen Terhibur

Read Next

Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Lelaki Nekad Pinjam Ah Long Tapi Motor Pula Yang Tergadai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *