Syok Buat TikTok, Sekali Datang Tetamu Tak Diundang Join Sekali

TikTok memang tak dapat dipisahkan dalam dunia sekarang. Dekat TikTok lah ramai yang share life dorang dengan cara yang kreatif dan unik. Penonton yang nak hiburan santai pun akan ke TikTok untuk cari konten-konten menarik.

Salah satu konten menarik dan lucu yang menghiburkan dekat TikTok sekarang ialah kehadiran tetamu tak diundang masa 2 orang remaja perempuan tengah merakam video dorang.

Tengah rancak-rancak shooting, tak sedar cik nyet pun tengah tunggu peluang nak join sama. 

Bila masing-masing tersedar, menggelabah dorang lari sampai handphone pun dia tinggal je dekat situ. 

Yang cik nyet pun dengan muka selamba je ambil handphone tu – dah gaya macam selfie sekejap sebelum lepaskan handphone tu ke lantai.

Tapi agak kelakar sebab cik nyet tu macam confused asal dorang ni lari. Hmm, siapa je tak lari kalau dah dia datang macam tu kan? T-T

Walaupun tak jadi, video tu tetap diupload dan setakat nidah ditonton lebih 20.7 juta kali. Bayangkan punya ramai yang tengok. Semuanya sebab terhibur.

Lain kali kalau nak rakam TikTok kat luar, perati dulu kiri kanan. Nasib baik cik nyet ni tak menyerang. Kalau tak, jadi pulak cerita lain. 

Raja Lepak

Read Previous

‘Penyewa Neraka’ Kurung Tuan Rumah & Tukar Kunci Pintu Lepas Tak Bayar Sewa 3 Bulan

Read Next

‘Bincang Niaga’ Bantu Usahawan Bangkit Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *