‘Bincang Niaga’ Bantu Usahawan Bangkit Bersama

Dah lebih setahun wabak COVID-19 melanda dunia. Memang berubah habis kehidupan kita. Daripada segi aktiviti ekonomi, sosial dan sebagainya semuanya dalam norma baharu.

Untuk peniaga jerung, mungkin masih mampu bertahan sebab keadaan kewangan yang masih kukuh, tapi macam peniaga ikan bilis, ramai yang tersungkur dek kekangan kewangan yang dihadapi.

Dah cuba macam-macam kaedah, tapi tetap tak berjaya sebab industri pasaran sendiri terkekang.

Untuk bantu usahawan kecil dan sederhana ni bangkit semula selepas kejatuhan, TV Al-Hijrah akan lancarkan Bincang Niaga, satu siri pada 28 April ini untuk bagi peluang kepada usahawan baru dan lama untuk kemaskan strategi marketing supaya bisnes dorang boleh berkembang dengan harga iklan yang cukup berbaloi.

Yang penting harga pakej yang ditawarkan mampu ilik dengan pemilihan slot rancangan berbeza ikut kemampuan dan kehendak korang. Antara slot yang boleh dipilih ialah rancangan bual bicara Assalamualaikum, Berita TV Al-Hijrah, Bazaar Jom! dan sebagainya.

Kalau korang beriminat untuk beriklan dengan TV Al-Hijrah, bolehlah daftar dulu  BINCANG NIAGA, nanti team dorang akan contact untuk maklumat lanjut.

So usahawan kecil, jom rebut peluang kembangkan bisnes korang. Mana tahu ada rezeki terpijak yang Tuhan nak bagi sempena bulan Ramadan nak raya ni. 😉

Raja Lepak

Read Previous

Syok Buat TikTok, Sekali Datang Tetamu Tak Diundang Join Sekali

Read Next

Storage iPhone Penuh Dengan ‘Others’? Ini Cara Mudah Yang Kena Pengguna iOS Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *