Bulan puasa dan buffet buka puasa memang tak dapat dipisahkan. Walaupun bazaar Ramadan ada setiap hati, tapi sekali dua mestilah ada perasaan nak makan dekat hotel kan?
Jadi buat korang yang duduk dekat Selangor dan masih survey hotel mana yang paling onzz untuk event buka puasa tak kisahlah dengan kawan ke, atau nak belanja staf, keluarga dan sebagainya, ini kami senaraikan hotel-hotel yang menarik untuk korang cuba.
Empire Hotel (RM45-RM55)
Rojak Mamak, Sardin Asam Laksa, Nasi Briyani Gam, Briyani Ayam… Ah, taip menu je pun dah terasa lapar dah. Bufet hotel paling murah tapi berbaloi sebab macam-macam ada.
Avenue Garden Hotel (RM48-RM58)
Dari Dapur Cik Abang ke meja makan anda. Terasa macam dekat kampung menunya sebab yang masak semua pakar masakan Melayu asli.
Acappella Suite Hotel (RM42-RM60)
Tawaran hebat Acappella yang bukan biasa-biasa, tapi dibuat khas sempena dengan ulang tahun ke-6 dorang.
Tenera Hotel (RM48-RM78)
Harga tiket untuk dewasa sebenarnya RM78, tapi dengan buat tempahan awal korang boleh dapat diskaun sampai RM20. Yang bestnya dekat Tenera Hotel ni dia punya menu semua stail kawah. Terliur membayangkan gulai kawah weh!
Dekat sini siap ada solat terawih, jadi tak adalah korang kelam kabut nak makan semata nak kejarkan terawih tu.
Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya (RM58-RM78)
Lebih 100 menu hidangan asli yang boleh korang pilih dengan Sajian Ibunda Bufet dekat Park Inn by Radisson. Berbaloi kan?
Geno Hotel (RM40-RM88)
Yang dekat Shah Alam, bolehlah pergi lawat Geno Hotel. Harga pun tak adalah terlampau mahal. Berbaloi dengan harganya.
Pegasus Hotel (RM44-RM88)
Dengan konsep moden & seni retro, memang seronoklah kalau korang nak feeling feeling berbuka dalam mod menghayati seni bina.
Hilton Garden Inn Puchong (RM44-RM88)
Rindu masakan mak tapi tak boleh balik kampung? Hilton Garden Inn ada buat menu Selera Warisan Bonda dengan harga serendah RM88 je.
Holiday Villa Hotel (RM44-RM88)
Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie (RM88)
Tak dapat rentas negeri, kita nikmati buffet Rentas Selera Ramadan jelah dekat sini. Dapat juga merasa rentas.
Dorsett Grand Subang Hotel (RM68-RM98)
Dengan harga bermula daripada RM68, ada juga disediakan menu gear box!
Wyndham Acmar Klang Hotel (RM84-RM138)
Dengan tema Nostalgia Kampungku, sesuai sangatlah untuk musim tak dapat rentas negeri untuk sambut Ramadan dengan mak ayah di kampung. T-T
Sharelah dengan kawan-kawan, share dalam group ofis, mana tahu murah rezeki Ramadan ni ada yang nak bawa belanja ke. Terubat sikit hati perantauan tu.
Salam Ramadan gais!