Minum Air Kencing Lembu Tak Buatkan Seorang Itu Kebal COVID-19

September tahun lepas, pelakon Bollywood, Akshay Kumar dedahkan untuk kekal sihat di musim pandemik COVID-19, beliau minum air kencing lembu setiap hari kerana percaya ianya ada manfaat kepada kesihatan.

Kredit: IndiaWest

Tapi nampaknya, bahan buangan haiwan ternyata tidak boleh menyebabkan seseorang itu kebal dengan wabak ini bila Akshay Kumar disahkan dijangkiti COVID-19 bersama 45 orang kru filem pada minggu lalu.

Kredit: BusinessToday

Di India, penganut Hindu percaya minum air kencing lembu terutamanya air kencing daripada lembu dara boleh menyembuhkan penyakit kerana dianggap suci dan juga sebagai rawatan Ayurveda yang focus kepada pencegahan. 

Walaupun tak ada bukti saintifik yang sokong kenyataan tersebut, ramai pihak termasuklah ahli politik yang sokong penggunaan najis dan air kencing lembu sebagai alternatif untuk melawan COVID-19.

Kredit: RFI

Akshay yang sedang menjalani penggambaran filem epic, Ram Setu memberitahu beliau sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan sudah mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya sebelum semuanya sihat dan boleh sambung semula shooting.

Bak kata pihak penggambaran,

“Berapa lama penggambaran dihentikan adalah bergantung kepada bila Akshay akan sihat semula. Kami dapat menggantikan kru tetapi tidak boleh menggantikan bintang filem ini.”

Dekat India, selain daripada digunakan untuk tujuan perubatan dan kesihatan, bahan buangan haiwan juga dijadikan sebagai barang kegunaan harian contohnya macam sabun dan ubat gigi tau.

Tapi semuanya lepas diproseslah. Bukannya terus digunakan masa tengah fresh-fresh tu.

Raja Lepak

Read Previous

Senarai Bufet Hotel Buka Puasa 2021 Termurah & Berbaloi Sekitar Selangor

Read Next

Paderi Dakwa Kentut Di Muka Dapat Sembuhkan Penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *