Badan Lebam Tanda Digigit Jin?

Asal dulu je kalau bangun tidur nampak peha atau tangan lebam mesti dah cuak semacam. Sebab orang dulu kata kalau badan lebam tu tandanya dia kena gigit dengan jin/syaitan puncanya kerana tidur terlampau lama atau tidur masa maghrib.

Dan kalau lihat dekat lebam tu mesti ada lubang-lubang yang katanya kesan daripada gigi jin tu.

Tapi korang tahu tak sebenarnya tanda lebam tu tak ada kaitan langsung dengan jin/syaitan?

Ikut kesihatan, lebam tu berlaku disebabkan salur darah kecil pecah & keluarkan darah pada kawasan bawah kulit lepas kecederaan traumatic. Masalah lebam lepas tidur ni dikaitkan dengan fisiologi tubuh seseorang terutamanya yang ada saluran darah yang nipis & rapuh macam perempuan.

Dalam kebanyakan kes, ini tak berbahaya & boleh pulih tanpa rawatan.

Pada asalnya, warna darah yang terkeluar bertukar jadi ungu bila tak dapat oksigen & beransur tukar ke hijau dan seterusnya kuning sebelum hilang.

Kalau korang nak tahu jugak, lebam ni boleh berlaku pada orang yang ambil ubat cairkan darah – pesakit jantung/strok yang ambil aspirin selain daripada atlet yang kuat bersenam. Malah matahari pun boleh jadi punca lebam ada dekat tangan & lengan sebab keadaan kulit yang nipis.

Kalau korang bangun tidur ada nampak lebam ni, jangan gelabah dulu. Daripada terus assume yang itu gigitan jin, baiklah korang buat beberapa perkara bawah ni untuk kurangkan lebam:

  • letakkan sesuatu yang sejuk pada kawasan lebam untuk kurangkan bengkak
  • ambil vitamin C setiap hari
  • elakkan rawatan alternative macam bekam, akupuntur, urutan
  • kalau lebam berterusan dengan sakit berpanjangan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut

Raja Lepak

Read Previous

Cust Minta Doa Dapat Zuriat, Rezeki Rider Foodpanda Dapat Tips RM1k

Read Next

Bom Meletup Pun Dengar Macam Bisikan, Ini Bilik Paling Sunyi Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *