Rumah The Conjuring Memang Berhantu, Ini Kejadian Seram Yang Pernah Jadi

Kalau korang tengok filem The Conjuring memang korang tahulah betapa seramnya cerita tu.

Tapi dalam seram-seram tu jugak, rumah yang jadi lokasi shooting tu tetap ada yang orang nak beli iaitu pasangan suami isteri dari Mexico. 

Sekali pandang, memang macam tak ada apa pada rumah 2 tingkat tu, tapi pasangan  Cory & Jennifer yang merupakan penyelidik paranormal sejak berbelas tahun lalu baru je beli rumah tu pada Jun 2018 beritahu yang sebaliknya.

Walaupun tahu tentang sejarah rumah ni yang gila, persekitarannya yang mempesonakan buatkan mereka jatuh hati dengannya.

Dalam tempoh masa dua bulan pertama dorang duduk dekat situ, macam-macam bunyilah yang dorang dengar – hentakan kaki, ketukan di sekeliling rumah, pintu rumah terbuka & tertutup sendiri adalah benda normal.

Biarpun ada masanya dorang takut, tapi disebabkan itulah tujuan utama dorang beli rumah tu dorang kentalkan je hati tu.

Kalau untuk perancangan terdekat, pasangan ni beritahu yang dorang akan lestarikan sejarah rumah tu sebelum buka kepada orang luar & penyelidik yang berminat nak datang sama ada nak buat kajian atau pun rasai sendiri pengalaman di sini.

Mungkin kalau korang yang minat benda paranormal, bolehlah cuba datang dan rasai sendiri pengalaman duduk rumah The Conjuring ni.

Tengok kental ke tak.

Tapi kalau CT la, CT datang masa tengah hari rembang lah kot. Itu pun untuk tengok ID dia je Sebab CT memang penakut sikit orangnya. T-T

Raja Lepak

Read Previous

Parodi Babak ‘Rawr’ True Beauty Bikin Netizen Pecah Perut

Read Next

Cust Minta Doa Dapat Zuriat, Rezeki Rider Foodpanda Dapat Tips RM1k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *