Pastri Orang Perancis Panjang 18CM Dah Ada Kat Malaysia!

Jalan-jalan kat mall, lepastu terbau cream custard kuat giler! Rupanya baru dari kedai Mihimihi ni lah. Haih memang menyelerakan! Terus berkeroncong perut! 

Kedai snack orang Perancis ni simple je, nampak kemas! Nak makan pun selesa, ada tempat duduk disediakan. 

So apa menu yang menarik kat Mihimihi ni? 

French Puff 

18cm Oblong Crispy Custard Cream Puff, pastri yang disaluti kacang almond & dipenuhi dengan pelbagai pilihan custard cream. Antaranya: 

Vanilla Mascarpone French Puff            

Belgian Dark Chocolate French Puff     

Strawberry Cream Cheese French Puff

Hazelnut Mascarpone French Puff       

Matcha Mascarpone French Puff

Tengok gambar pun dah terliur! WAJIB kena pergi try! Paling best, french puff ni kurang manis, tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan, tanpa goreng, dibakar setiap hari. Dan yang paling penting, HALAL! Bahan – bahan yang digunakan pun kualiti!

Fluffy Souffle Pancake 

Kat Mihimihi pun ada pancake dari jepun yang viral kat Malaysia ni. Gebu je pancake ni! Sape yang pernah buat pancake ni kat rumah tapi tak pernah menjadi tu, order je kat Mihimihi. Settle! Craving satisfied! 

Drinks & Ice-cream 

Ada pelbagai pilihan coffee & tea yang korang boleh pilih. Takde lah makan sampai tersedak nanti hihi. Sebab sedap sangat kan! Ice cream pun ada jugak! Perfect! 

Kalau korang tak boleh datang & beli kat outlets Mihimihi ni. Nak delivery pun boleh! 

Kredit gambar utama: FB Mihimihi Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Homestay Ala-ala Rumah Little Hobbit Macam Dalam Filem ‘Lord Of The Rings’

Read Next

Kafe Klasik Melayu, Unik & Instagrammable!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *