Homestay Ala-ala Rumah Little Hobbit Macam Dalam Filem ‘Lord Of The Rings’

Happy New Year! Know know dah tahun 2021. Ada yang tengah cari tempat bercuti ke? Sis Eqa nak suggest tempat percutian baru kat Kundasang, Sabah ni! UNIK & CANTIK! 

Berkonsepkan ala-ala rumah little hobbit dalam filem Lord Of The Rings tu. Macam tak percaya homestay macam ni ada kat Malaysia! Yang paling menarik, dari homestay ni korang boleh nampak view Gunung Kinabalu. Sejuk je mata memandang! 

Persekitaran homestay Humble Hobbit Home ni pun cantik. Dekorasi taman yang sesuai dengan konsep homestay ni. Kalau korang #OOTD dengan natural lighting yang cantik dari kawasan gunung ni. Confirm ONZZ TERUK!

Homestay ni boleh memuatkan 2 hingga 3 orang, sesuai dengan konsep hobbit yang ingin di ketengahkan. TAPI! Dalam homestay kecil ni lengkap dengan semua keperluan asas yang diperlukan.  

Lengkap dengan katil, bilik air & barang asas penginapan. 

Bangun-bangun tido je terus nampak view Gunung Kinabalu. SYIOKK GILER! 

Kalau ada peluang, Sis Eqa teringin sangat nak datang sini! Sape yang dah pernah pergi Humble Hobbit Home, share lah experience korang kat ruang komen ni ya! 

Kredit gambar: FB Humble Hobbit Home 

Raja.Lepak

Read Previous

Daging Tomahawk Padu Teruk! Berkualiti & Dijamin Halal!

Read Next

Pastri Orang Perancis Panjang 18CM Dah Ada Kat Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *