Daging Tomahawk Padu Teruk! Berkualiti & Dijamin Halal!

Bila first time try makanan yang kita tak pernah makan, mesti nak try yang paling sedap & terbaik kan? Nak lagi bila makanan tu agak mahal dari harga makanan harian. So, ada yang first time nak try TOMAHAWK? Sis Eqa suggest korang makan kat Naim’s Beef PADU TERUK! Sangat berbaloi!

Bila korang masuk je cafe ni, perasaan dia macam WOW GILER! Cantik mural yang menghiasi dinding cafe ni. Bila nak makan pun sejuk je mata memandang. 

Naim’s Beef ni memang 100% pembekal daging segar dari ladang milik owner kedai & cafe ni sendiri, Tuan Naim. Memang tak ragu-ragu. PRODUK MALAYSIA, SAPOT LOKAL! 

So, apa menu yang Sis Eqa dengan member makan kat sini? 

WAGYU TOMAHAWK 

Bila dengar je wagyu mesti dah meleleh air liuq dulu sebelum makan. PERGH! Memang juicy giler daging dia. Korang boleh pilih tahap kelembutan daging yang korang nak. Ktorang punya MEDIUM-WELL! Terboek! Bukan tu je, side dish dia pun mantap! Especially salad & sauce! Semua HOMEMADE RECIPE! 

Seksi kan tomahawk ni? Haihh TEMPTING GILER! 

Sape yang suka sedut tulang daging guna straw tu? Haaaa kat sini TARIK JE dah dapat isi berlemak tu! 

SHORT RIB 

Apa yang special pasal menu ni, gravy yang meleleh atas daging tu pun homemade resepi yang dibuat oleh in-house chef kat Naim’s Beef ni. Chef kat sini pun bukan calang-calang! Di terbangkan khas dari luar negara. 

BEEF WRAP

Ni menu favourite Sis Eqa! First time makan menu innovasi macam ni. Salad yang di-wrap dengan daging. Lepastu ada cheese gravy atas beef wrap ni. NGAM TERUK! Tak puas makan satu! ADDICTED GILER! 

PREMIUM BEEF BURGER 

Kalau tengok dari luaran nampak burger ni macam burger yang dah ada kat luar sana. TAPI! Bila dah makan, HUYOO! Roti lembut even dah sejuk. Rasa creamy roti tu bila makan dengan patty daging yang lembut, MEMANG MAKAN SAMPAI TERPEJAM MATA! Menu WAJIB order bila datang sini. 

BEEF BALLS 

Sape yang suka makan meatballs IKEA, korang wajib try Beef Balls ni jugak. Beef Balls ni lebih juicy sebab menggunakan 100% daging & takde tambahan bahan lain. Rasa dia pun memang 100% pure meat taste! Memang puas mengunyah setiap balls yang korang makan. KENYANG TERUK! 

J & W SPARKLING WHITE GRAPE JUICE (HALAL)

Minuman yang disediakan kat sini ada mineral water & sparkling halal. Kombinasi menu makanan & minuman kat sini memang ngam! Rugi tak cuba! 

Overall makanan kat sini, Sis Eqa bagi rating 10/10 MEMANG RECOMMENDED! Harga makanan kat sini setanding kualiti yang diberikan. Paling tak sangka, servis yang diberikan pun macam cafe yang dah beroperasi lama walaupun baru je buka. EXPERIENCED & WELL SERVED! 

So sape yang teringin nak cuba masakan beef western macam ni, tapi nak cari yang dijamin halal & berkualiti? NAIM’S BEEF IS THE BEST CHOICE! Memang tak rugi, BERBALOI!  

Naim’s Beef Cafe

D-G-2 JALAN BG 3B/6, 3B, 

Bangi Gateway, 

43650 Bandar Baru Bangi, 

Selangor.

Waktu operasi dari jam 11 pagi sampai 11 malam. Cafe beroperasi dari jam 3 petang sampai 11 malam. Dah singgah nanti, jangan lupa bagi feedback kat Sis Eqa okay! 

Admin

Read Previous

Pasta Mewah Selera Orang Malaysia

Read Next

Homestay Ala-ala Rumah Little Hobbit Macam Dalam Filem ‘Lord Of The Rings’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *