Dengar cerita Johor dah tamat PKPB, korang boleh lah singgah kat Sit & Dine Cafe, Muar ni! Cafe ala-ala boat noodle tapi semua makanan orang Malaysia dari utara sampai lah ke selatan.
Ada banyak pilihan menu dari makan tengahari sampai malam. Minum petang & kudap-kudap pun ada. Yang penting local cuisine CUMA RM2 sahaja!
Nasi putih ikan keli seekor, nasi putih ikan talapia seekor, laksa utara ke selatan, mee kari, mee bandung muo ni MENU HOT & FAMOUS kat Sit & Dine Cafe ni.
Tapi ada jugak menu lain yang korang boleh pilih!
Kudap-kudap & minum petang kat sini pun MENGANCAM ya! Orang Johor suka lah makan ubi rebus dengan sambal ni! Uishhh meleleh air liuq Sis Eqa!
Air kelapa pun nampak lain daripada yang lain, memang kena try!
Roll down under & La lieche el confeccione ni antara dessert KESUKAAN customer yang dapat sini!
Sit & Dine Cafe ni milik Dato’ Zach Rahman & baru sahaja mula beroperasi pada 12 November 2020. Interior & design cafe ni berkonsepkan luxury & romantik. Sis Eqa tengok pun mmg cantik & selesa sangat! Kalau nak tahu lebih lanjut, klik sini!
Kredit gambar utama: rizal_hakimm