Netizen Geli Hati Bila ‘Mat Salleh’ Potong Buah Nangka Macam Tembikai

Mesti korang ingat lagi sebelum ini, makanan tempatan yang menjadi kebanggaan kita semua pernah dikritik oleh chef terkemuka dari luar negara iaitu John Torode. Semuanya tentang kes ‘Rendang Ayam Crispy’ sehingga Ia berjaya mencuri perhatian masyarakat di Malaysia. Abang Bob kalau ingat balik pasal kisah tu, rasa sakit hati nak marah pun ada.

Haaa! Kali ini, giliran orang kita pula yang mengkritik cara potongan buah tempatan yang cukup popular di Malaysia di sebuah pasar raya dekat Amerika Syarikat. Korang bayangkanlah bila buah nangka dipotong seperti potongan buah tembikai.

Abang Bob faham mungkin buah nangKa kurang familiar dengan penduduk di negara barat. Tapi sekurang-kurangnya diaorang boleh jer cari kaedah dan belajar cara nak potong buah nangka kat internet atau YouTube.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaKsi daripada warganet. Ramai yang berpendapat bahawa potongan tersebut sangat aneh dan tidak tercapai dek akal.

Baca artikel ini: Kan Dah Kena! Gadis Bergigi Terabur Dikecam Sebab Menipu

Seorang warga Britain yang memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya sejak 2013 iaitu Rhys Williams tampil memohon maaf bagi pihak Mat Salleh di laman Twitternya.

Walaupun ramai yang mengecam cara potongan buah nangka itu, tidak dinafikan bahawa ia secara tidak langsung menghiburkan hari sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut.

Mana yang nak jadi Mat Salleh, mungkin korang boleh cuba potong buah nangka dengan cara ini!

Baca artikel ini: Besar Giler! Kat Vietnam Ada Penjual Roti Bersaiz Gergasi!

Raja Lepak

Read Previous

5 Kisah Potret Mona Lisa, Karya Agung Leonardo Da Vinci

Read Next

Persis Istana Cinderella. 5 Istana Paling Cantik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *