Besar Giler! Kat Vietnam Ada Penjual Roti Bersaiz Gergasi!

Semua orang suka makan roti. Dengan roti macam-macam makanan yang korang boleh buat contoh macam sandwich, pudding roti, roti bakar dan macam-macam lagi. Abang Bob pun kalau tak lalu nak makan nasi, mesti akan cari roti untuk ganti sumber karbohidrat. Roti pun ada macam-macam jenis dan bentuk.

Bercakap pasal roti, kat selatan Vietnam baru-baru ini viral beberapa gambar roti bersaiz berganda-ganda besar daripada saiz roti biasa. Satu dunia terkejut dengan saiz roti tersebut.

Roti bersaiz gergasi itu dijual kat satu wilayah terpencil yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya iaitu An Giang.

Digelar sebagai ‘roti gergasi’, roti itu dihasilkan setinggi satu meter dengan berat mencecah hingga 3 kilogram!

Baca artikel ini: 6 perkara korang wajib tahu ketika beraya di rumah orang

VNExpress melaporkan, ada individu mendakwa gambar yang tular diambil menggunakan sudut tertentu untuk mencipta ilusi bagi menampakkan roti berkenaan besar.

Namun, dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali kerana ia benar-benar wujud dan dijual sekitar AS$2.14 atau RM10 setiap satu. Wah! Murahnya untuk sebuku roti bersaiz gergasi itu!

Media tempatan turut melaporkan roti berkenaan menjadi perhatian dunia selepas ia tular di media sosial. Dilaporkan, roti itu baru saja dihasilkan dan ia bukan makanan tradisional di wilayah itu.

Pembuat roti, Pham Thi Bac ketika ditanya VNExpress berkata, pada awalnya dia hanya membuat roti berkenaan pada waktu lapang dan mengubahsuai ukuran roti berkenaan. Lepas reda pandemik COVID-19 nanti dan korang ada rancangan nak bercuti ke Vietnam, bolehlah cari dan cuba sendiri roti gergasi ni!

Baca artikel ini: Penjara Ini Dicat Warna ‘Pink’ Untuk Jadikan Banduan Lebih Tenang

Raja Lepak

Read Previous

Lepas Makan Tolong Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Read Next

Kan Dah Kena! Gadis Bergigi Terabur Dikecam Sebab Menipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *