Tapau Atau Makan di Kedai! Mana Yang Lebih Baik

Pernah tak korang terfikir adakah lebih baik dan lebih memuaskan membawa pulang makanan pesanan korang? Hamka berpendapat makan di rumah dengan membawa pulang pesanan dari restoran atau gerai atau menempah melalui telefon atau internet ataupun delivery order lebih baik berbanding makan di sesuatu tempat.

1.   Anda Tidak Perlu Meninggalkan Rumah

Kredit: Fueloyal

Makanan yang dihantar akan terus sampai ke hadapan pintu rumah anda. Ini sesuai dengan kemalasan anda atau ketika anda ingin menikmati saat bermalas-malasan.

Lagi-lagi jenis workaholic, confirm time cuti korang nak spend masa dekat rumah jadi sememangnya makan di rumah akan dapat anda nikmati lebih baik berbanding di restoran.

2.   Tidak Perlu Usaha

Kredit: Upserve

Korang tak perlu melakukan aktiviti perjalanan ke lokasi restoran ataupun gerai. Mulai dari bangun tidur, mandi, memilih baju, seluar dan kasut yang ingin dipakai, sehingga lengkap berpakaian.

Dengan berada di rumah, anda boleh menempah delivery order ketika sedang tidak berpakaian pun. Haha. Makan ayam goreng, burger atau pizza di atas tempat tidur? Sudah tentu boleh!

3.   Begitu Banyak Pilihan

Kredit: Raw Pixel

Seluruh menu makanan terbaik dunia kini ada di dalam genggaman anda, tinggal menekan sahaja keyboard komputer, laptop mahupun smartphone.

Tak perlu dah nak singgah ke banyak restoran atau warung untuk membeli makanan kegemaran anda yang bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah tenaga dan duit minyak kereta anda.

Baca artikel ini: Mampu Rawat Pelbagai Penyakit! Ini Herba Paling Mahal di Dunia

4.   Anda Boleh Mendapatkan Menu Berbeza Apabila Hari Semakin Larut Malam

Kredit: The Jakarta Post

Itu adalah impian untuk seseorang yang tidak menjalani diet. Tak perlu lagi dah nak keluar lewat malam hanya untuk mendapatkan makanan. 

Hanya dengan menggunakan jari, buat delivery order sahaja dah cukup dan makanan akan sampai di depan rumah anda.

5.   Anda Tidak Akan Ketinggalan Rancangan Kegemaran Di Televisyen

Kredit: Malta Today

Anda mungkin sudah menggenggam smartphone dan laptop yang mempunyai sambungan Wi-Fi. Namun ini jelas tidak sama dengan menyaksikan rancangan konsert bintang muzik kegemaran anda di televisyen, atau menonton perlawanan bola sepak live di rumah sambil meratah makanan kegemaran.

Anda boleh menjemput rakan-rakan ke rumah pada malam minggu dengan menempah banyak makanan enak. Anda masih boleh bersosial.

6.   Jadi penyelesaian terbaik sendiri

Kredit: Mother Baby & Child

Kadang-kadang, menyiapkan masakan atau makanan sendiri selepas pulang dari pejabat adalah perkara yang berat. 

Jadi, untuk menikmati makanan pesanan melalui telefon atau yang anda bawa pulang dari restoran kegemaran, tentu menjadi penyelesaian yang mudah.

10.   Pelengkap sempurna bagi pasangan suami isteri

Kredit: I Stock

Bercinta pastinya membakar kalori banyak dalam tubuh anda. Oleh itu, anda dan pasangan perlu mengisi dengan memesan makanan dari restoran kegemaran. Berdua-duaan makan di rumah, tentu sangat romantic, kan?

Sumber: libur

Baca artikel ini:
5 Cara Maniskan Kopi Tanpa Gula

Raja Lepak

Read Previous

Ketahui 5 Legenda Mistik Menakutkan Di Dunia

Read Next

11 Sekolah Paling ‘Berhantu’ di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *