Mampu Rawat Pelbagai Penyakit! Ini Herba Paling Mahal di Dunia

Korang mesti tak pernah dengar nama tempat Dolpa, kan? Dolpa merupakan sebuah daerah terpencil di Nepal yang merupakan salah satu tempat terkenal yang tersembunyi dengan herba paling mahal iaitu Yarsagumba.

Buat pengetahuan semua, ribuan penduduk akan berkunjung ke Dolpa pada bulan Mei dan Jun untuk menuai Yarsagumba sehingga menyebabkan sesi persekolahan di pendalaman Nepal terpaksa diberhentikan selepas para penduduknya keluar untuk menuai Yarsagumba.

Kredit: Great Panorama Treks

Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya iaitu di negara Nepal, Tibet, Bhutan dan India.

Sebelum musim hujan, spora daripada cendawan cordyceps akan menjangkiti ulat beluncas yang tinggal di bawah tanah yang  kemudiannya secara beransur-ansur spora kulat itu akan tumbuh dalam badan ulat beluncas tersebut lalu membunuhnya dan ia tumbuh sebagai herba yang dinamakan Yarsagumba.

Kredit: NPR

Penduduk tempatan percaya herba ini adalah ubat ajaib yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti asma, kanser dan banyak lagi.

Yarsagumba juga turut mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia yang lain dan harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit untuk berat hanya beberapa gram sahaja tau.

Menurut Karma Lama, penjual Yarsagumba, harga bagi sekilo herba ini boleh mencecah sehingga RM400,000 di pasaran antarabangsa seperti China, Korea Selatan, Thailand, Jepun, England dan Amerika Syarikat.

Kredit: Himalayan
Kredit: Divine Himalayan

Artikel berkaitan:I
Ini 5 Makanan Paling Mahal di Dunia
Ini Khasiat Aiskrim Yang Ramai Tak Tahu

Raja Lepak

Read Previous

Hilang Tidak Dijumpai Sehingga Kini

Read Next

5 Cara Maniskan Kopi Tanpa Gula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *