Ini Khasiat Aiskrim Yang Ramai Tak Tahu

Aiskrim sering dijadikan pencuci mulut kerana rasanya sangat enak dan lazat. Buat penggemar aiskrim, anda sepatutnya tahu berkenaan khasiat yang terkandung dalam makanan ini. Berikut Hamka kongsikan 6 khasiat yang terkandung dalam aiskrim.

1.   Membantu Pertumbuhan Tulang Dan Gigi

Kredit: Workopolis

Aiskrim mempunyai kalsium yang menjaga kepadatan jisim tulang. Oleh itu, makanan ini berkemampuan untuk menguatkan serta membantu pertumbuhan tulang dan gigi manusia. 

Bukan itu sahaja, kalsium tinggi yang terkandung di dalamnya berupaya mencegah kanser, osteoporosis dan hipertensi.

2.   Tidak Menggemukkan

Kredit: Consalud

Ini realiti punya kenyataan tau gaiss! Aiskrim sebenarnya sama sekali tidak mengandungi lemak tepu seperti yang digembar-gemburkan.

Malahan, makanan ini sangat membantu dalam meningkatkan tenaga kepada manusia khususnya buat ibu hamil. Ini disebabkan ibu-ibu yang hamil memerlukan tenaga yang banyak untuk berkongsi nutrisi bersama bayi dalam kandungannya.

3.   Mampu Meredakan Tekanan

Kredit: USA Today

Kalau korang stress, cuba makan aiskrim berperisa vanilla yang dikatakan mampu meredakan tekanan perasaan dan emosi individu. 

Kajian mendapati bahawa aroma vanilla dapat menenangkan seseorang dan memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian.

4.   Beri Kelegaan Pada Tonsil Anda

Kredit: Medical News Today

Meskipun tidak menyembuhkan, namun aiskrim mampu meredakan sedikit sebanyak kesakitan pada kerongkong anda. 

Sekiranya korang diserang penyakit tonsil, maka disyorkan sangat mencuba makanan ini dengan syarat diambil pada kadar yang sesuai dan tidak berlebihan tau.

5.   Bertindak Sebagai Antibodi Manusia

Kredit: Fall On Grace

Aiskrim mengandungi susu yang berperanan dalam meningkatkan zat pertahanan tubuh manusia. Zat yang dimaksudkan ini mampu bertindak sebagai antibodi badan kita tau.

Lepas ni kalau anak-anak korang nak makan aiskrim, hah bagilah mereka sekali sekala kerana budak-budak ni kita perlu tingkatkan antibodi mereka dari kecil bagi mengelak mereka mudah dijangkiti penyakit.

6.   Tingkatkan Perkembangan Otak

Kredit: Health Org

Kajian Universiti Kyorin di Tokyo mendapati bahawa pengambilan aiskrim sebagai menu sarapan pagi mampu menambah kecerdasan minda dan mental seseorang. 

Ini kerana aiskrim berupaya membantu meningkatkan frekuensi gelombang otak untuk bertindak lebih pantas.

Menarik, bukan? Ternyata aiskrim mengandungi pelbagai khasiat yang baik dalam perkembangan sistem tubuh manusia. 

Penggemar aiskrim tidak seharusnya takut atau teragak-agak untuk mengambil makanan ini namun tidak digalakkan dalam kuantiti yang banyak sehingga berlebihan pula korang makan.

Artikel berkaitan:
Dilarang Merokok Dalam Pesawat Tetapi Mengapa Ada Tempat Abu Rokok?
10 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Ramadhan

Raja Lepak

Read Previous

Hilangkan Kedut Sneakers Dalam 3 Langkah

Read Next

Ini 5 Makanan Paling Mahal di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *