Bentuk Sesuatu Sangat! Tapi Khasiat Siput Geoduck Memang Terbaek!

Kalau korang suka layan rancangan Mukbang sama ada dari China, Korea atau Jepun, mesti korang akan selalu nampak diaorang akan makan sejenis siput gergasi yang kelihatan aneh.

Rupa bentuk siput aneh tu memang sesuatu sangat dah boleh memberi bayangan kepada benda yang tak sepatutnya. Abang Bob pernah gak tertanya-tanya siput yang diaorang makan tu sebab tak pernah tengok sebelum ni.

Untuk pengetahuan korang, siput yang menyerupai bentuk kelamin lelaki itu dikenali sebagai siput Geoduck atau siput belalai gajah. Siput ni dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri antaranya untuk melebatkan rambut.

Baca artikel ini: 10 Benda Yang Dilarang Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

Geoduck ini merupakan spesies siput yang mempunyai cengkerang berukuran antara 15 hingga 20 sentimeter. Apa yang membuatkan siput ini kelihatan aneh sebab ia mempunyai leher panjang sehingga mencecah 1 meter.

Bukan itu jer, siput Geoduck yang banyak berasal dari Amerika Utara itu ini juga dikatakan spesies siput yang mempunyai cengkerang paling besar di dunia! Siput ni hidup kat air masin pada suhu 10 darjah Celsius.

Harga siput Geoduck ini pun boleh tahan juga. Harga bagi satu siput Geoduck ini mampu mencecah RM450 dengan berat kira-kira 1.5kg.

Mesti korang tertanya-tanya bagaimana rasa siput Geoduck ini. Ia dikatakan lebih enak kalau dimakan secara mentah tau. Tekstur dan rasanya seakan-akan tiram, tapi lebih sedap.

Kalau korang tak berselera untuk makan secara mentah, korang boleh juga rebus Geoduck tu dengan sup bagi ia jadi separa masak.  Dengar macam menarik jer. Korang yang teringin nak rasa dan ada bajet lebih tu, mungkin boleh cuba. Mana tahu siput Geoduck ini memang betul-betul sedap.

Baca artikel ini: 5 Burger Paling Mahal Di Dunia

Raja Lepak

Read Previous

Tetamu Terperangkap Di Rumah Pengantin Hampir Sebulan Dek Kerana ‘Lockdown’

Read Next

Ketahui 5 Legenda Mistik Menakutkan Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *