10 Benda Yang Dilarang Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

Teknologi hari ini memang banyak membantu kehidupan seharian kita. Dulu kalau nak buat sambal, terpaksa tumbuk atau giling cili sampai berpeluh. Sekarang tekan jer suis bila guna blender. 

Namun, cara penggunaan gajet dan teknologi juga ada pantang larangnya supaya tidak memudaratkan serta selamat digunakan terutama yang membabitkan pemakanan dan elektrik. Ketahui 10 jenis benda yang dilarang sama sekali untuk digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.

1.   Telur

Jika korang cuba untuk memasak telur sepenuh masak menggunakan ketuhar gelombang mikro, korang sebenarnya mengundang kepada kotoran sisa telur atau mungkin lecur di bahagian jari. Pemanasan yang berulang di dalam ketuhar ini boleh menghasilkan haba di dalam telur. Pada masa sama tiada ruang untuk haba tersebut keluar. Jadi, apabila haba yang terkumpul di dalam telur terlalu padat, ia akan mengakibatkan telur meletup dan menyebabkan dapur korang dalam keadaan kotor dan berbau hanyir.

2.   Daging

Jangan nak memandai-mandai nak defrost atau masak daging beku kat dalam ketuhar gelombang mikro. Sebab perbuatan tersebut sebenarnya boleh mengakibatkan kemudaratan pada tekstur dan keadaan daging itu. Di bahagian tepi daging akan mula masak, manakala di bahagian dalam masih kekal beku. Jika ketuhar korang tidak direka dengan sistem pusingan ketika memanas, ini juga akan mengakibatkan penyebaran haba yang tidak

seragam, yang mana boleh menggalakkan pembiakan bakteria. Cara terbaik untuk menyahbeku daging beku adalah dengan cara meninggalkannya di dalam peti sejuk semalaman.

3.   Susu ibu

Pemanasan susu ibu yang disimpan beku menggunakan ketuhar gelombang mikro bukan hanya boleh membuatkan ianya panas menggelegak dan mengakibatkan kelecuran di mulut bayi, malah ianya juga boleh merosakkan imun susu ibu tersebut. Cara terbaik adalah dengan merendamkan susu ibu yang disimpan di dalam botol bayi ke dalam air bersuhu sederhana suam.

4.   Bekas plastik

Ramai yang tahu bahawa haba dan plastik tidak boleh digandingkan. Namun masih ramai yang cuba untuk memanaskan makanan dengan meletakkan ke dalam bekas plastik dan terus ke dalam ketuhar. Untuk pengetahuan korang, plastik mengandungi bisphenol A (BPA), iaitu sejenis bahan kimia yang membawa keburukan pada kesihatan manusia? Pemanasan di dalam ketuhar pemanas akan mengakibatkan bahan kimia ini melekat di dalam makanan dan sekaligus membawa penyakit kepada mereka yang memakannya. Cara yang paling selamat adalah dengan memanas makanan korang dengan diletakkan ke dalam pinggan dan terus ke ketuhar.

5.   Bekas polistirena

Ia juga merupakan sejenis plastik dan boleh merembeskan bahan kimia yang merbahaya ke dalam makanan jika dipanaskan. Korang jangan sesekali menggunakan bahan ini untuk memanaskan makanan. Alih ke pinggan yang bersesuaian sebelum dipanaskan.

Baca artikel ini: Nikmatnya Tau Fu Fah! Buat Sendiri Jer

6.   Sesetengah jenis pinggan

Kalau korang punyai koleksi pinggan yang bercorak logam, elakkan dari menggunakannya ke dalam ketuhar pemanas walaupun corak logam tersebut bersaiz kecil sekalipun. Seeloknya, gunakan pinggan tanpa sebarang corak atau penggunaan rona dan sesuai untuk kegunaan di dalam ketuhar.

7.   Kole

Fungsi kole keluli tahan karat adalah untuk mengekalkan kepanasan minuman. Tapi kalau guna kat dalam ketuhar, ianya sebenarnya boleh merosakkan ketuhar pemanas. Semak di bawah kole terlebih dahulu jika ianya selamat atau tidak untuk digunakan di dalam ketuhar. Jika ingin panaskan air, gunakan kole stoneware yang punyai tanda selamat untuk ketuhar gelombang mikro.

8.   Memanas ketuhar kosong

Tanpa sebarang makanan atau air untuk menyerap haba yang dibebaskan ketuhar iaitu magnetron, ianya boleh menyebabkan kerosakan serta menjadi punca kepada kebakaran. Pastikan korang tidak menekan butang ‘start‘ jika tiada sebarang makanan atau air di dalam ketuhar.

9.   Secawan air

Jika secawan air dipanaskan di dalam ketuhar pemanas tidak kira menggunakan cawan dengan material seramik mahupun gelas kaca terlalu lama, ia akan mengelakkan dari kewujudan gelembung udara yang kebiasaannya membantu air untuk menyejuk. Air akan mula menggelegak jika anda mengalihkan cawan tersebut dan seterusnya mengakibatkan kelecuran. Untuk mengelakkannya dari berlaku, panaskan air dengan jangka masa yang tidak terlalu lama.

10.   Kole yang disimpan bertahun lama

Sesetengah jenis kole minuman yang disimpan terlalu lama boleh mengeluarkan radiasi yang merbahayakan kesihatan. Mungkin korang patut simpan kole tersebut sebagai koleksi daripada menggunakannya.

Sekarang ni korang dah fahamkan. Tak semua benda atau makanan korang boleh sumbat kat dalam ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memasak atau memanaskan. Silap-silap nanti korang sendiri yang dapat susah.

Baca artikel ini: Menu Unik Berbuka Puasa Mengikut Negara Di Seluruh Dunia

Raja Lepak

Read Previous

5 Cara Maniskan Kopi Tanpa Gula

Read Next

5 Burger Paling Mahal Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *